Pameran NADI Sempena Festival Kokurikulum dan Kebudayaan Antarabangsa 2025 (IC2FEST)
10 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPameran NADI Sempena Festival Kokurikulum dan Kebudayaan Antarabangsa 2025 (IC2FEST)
Batu Anam, 9 Mei 2025 – Pameran NADI telah berlangsung dengan meriah sempena Festival Kokurikulum dan Kebudayaan Antarabangsa 2025 (IC2FEST) yang bertempat di SMK Dato’ Ahmad Arshad, Batu Anam.
Pameran yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini memberi peluang kepada para pelajar mendapatkan maklumat berkaitan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang sudah lama ada di seluruh Malaysia. NADI yang terlibat adalah NADI Paya Jakas, NADI Felda Medoi, NADI Taman Yayasan & NADI Felda Pemanis 2. Serta dihadiri wakil MCMC Johor, Timbalan Pengarah, Encik Fahrulrazi.
Melalui pameran ini, para pelajar diberi pendedahan tentang pelbagai aktiviti yang ditawarkan, penggunaan chatbot AIFA, Check Your Label, penyebaran kempen terbaharu Kempen Internet Selamat dan kelebihan yang boleh digunakan di NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: